Dulu saya tidak mahu keluarkan nama saya lagi di blog ini atas sebab privasi, tapi akhirnya saya kena terima hakikat ramai kawan-kawan mahu membaca artikel tulisan saya di sini.
Sebabnya? Mereka mengenali saya.
Anda juga mengenali saya.
Anda tertanya-tanya ke mana perginya saya. Jawapannya, saya masih di sini cuma sibuk bekerja.
Terlebih dahulu, saya bukanlah pakar motivasi.
Ya! itulah kebenarannya.
This is me, a nerd. Seorang lelaki pendiam yang bertekad kuat mahu memajukan diri.
Jika Anda terdampar ke blog ini, Anda sebenarnya sedang mencari input untuk memajukan diri Anda, sama seperti saya. Kita ada kemahuan yang sama – tekad memajukan diri kita!.
Berlagak menjadi pakar motivasi bukan keutamaan saya, tapi memajukan diri sendiri, itulah yang menjadi keutamaan saya. Majukan diri dalam aspek kerjaya, ibadah, kewangan dan kekeluargaan.
Kita tidak akan dapat memajukan kesemua aspek sekaligus tapi satu kemajuan dalam satu aspek akan mempengaruhi aspek-aspek lain satu persatu.
Its a chain reaction!
Paling penting, kita kena majukan diri dari segi kawalan emosi.
Apabila menginjak umur 23 tahun ke atas, emosi memainkan peranan penting dalam kecemerlangan kita.
Dari pemerhatian saya, ramai dari kita kurang cemerlang mengawal emosi.
Akibatnya kita terbeban oleh masalah, terbeban oleh tugasan kerja, di bohongi oleh kawan, terperangkap dalam politik di tempat kerja, akhirnya terpukul oleh kesilapan sendiri.
Kesan lain, sukar keluar dari masalah sebab tak nampak apa dia penyelesian masalah.
Kita kena terima hakikat kita tak akan dapat mengawal situasi sekeliling.
Kita tak akan dapat kawal perbuatan orang lain terhadap kita, tapi kita boleh kawal respon kita terhadap kesemua itu.
Kita memberi respon melalui EMOSI.
Berilah respon positif, pamerkan emosi positif, lontarkan komen-komen positif supaya emosi kita sentiasa positif. Sebab, hanya aspek positif sahaja yang akan membuat kita maju.
Aspek negatif akan membuat kita kurang maju, mungkin akan menjadi tak maju-maju sedangkan orang lain sudah dua kali ganda lebih maju.
Dulu saya lebih banyak melihat dunia melalui buku.
Hari ini, saya berpeluang mengkaji perilaku manusia melalui pemerhatian sebenar di dunia sebenar.
Sebenarnya kita masing-masing ada kekuatan tersendiri, cuma kita kurang menggunakannya simply sebab fikiran kita di kelabui oleh kekurangan ilmu dan ketiadaan matlamat.
31Jul
Motivasi diri – jadilah diri Anda sendiri bukan menjadi seperti orang lain
Soalan paling kerap ditanya pada saya:
“cemana awak dapat jumlah subscribers yang begitu ramai sedangkan blog awak blog motivasi saja?”
Jawapannya, tulislah sesuatu terus dari hati.
Be personal, be what you are!
Andai kata kita ada peluang berkawan di alam sebenar, Anda akan dapati saya adalah lelaki pendiam yang cuma tahu banyak pasal buku, suka membaca novel, minat pada komputer dan perisian.
Dua sukan yang saya tahu bermain dengan baik hanyalah berbasikal dan renang. Apa saja sukan yang melibatkan bola, konpom saya kurang mahir punya.
Well, thats me!
Saya cuba mengikuti gaya lelaki lain tapi tak boleh, tak menjadi, membuat saya tidak selesa. Saya terima diri saya sebagai seorang ‘nerd‘ – kurang bergaul, kurang bercakap dan lebih banyak meluangkan masa bersama komputer berbanding manusia biasa.
Di sebabkan itu, saya tekad memperbaiki diri.
Sekarang saya masih lagi seorang nerd, tapi semakin mahir menyesuaikan diri dengan keadaan, situasi, orang sekeliling dan topik perbualan dibincangkan, tanpa perlu berbohong untuk menampakkan saya lebih pandai, saya ini lebih banyak tahu (dan buat-buat tahu!).
Ingatlah, tonjolkan diri Anda, bakat Anda, kelainan Anda, kerana di situ ada kekuatan tersembunyi yang akhirnya membuat Anda jauh lebih maju dari orang lain di sekeliling Anda.
Just be what you are, not what your friends are.